Monday 23 April 2012

rahsia tarikh lahir anda =)



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 
Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasan dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. 

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

Sunday 22 April 2012

10 cara bila bergadoh.




1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.